Apa Nak Jadi daaa...
Thursday, June 23, 2005 | 11:04:00 PM

"...ibadat haji tu kewajipan untuk orang Melayu... Rasulullah tu hanya menambah-nambah saja!!" Yakin benar penjelasan lelaki berusia 55 tahun ini sebelum diaju soalan selanjutnya.

"...ooo, dalam surah mana tu Haji ayat dia?"

"...errr, ahhhh...you checklah dalam Al-Quran. Hah, adaaaaalah tuu...!" Balasnya.

Tergelak besau (dialek Melaka) Akuro masa tgh tgk rancangan terbitan TV3 - 999.

Ada 1 kes seorang lelaki, Haji Kahar namanya berasal dr Ulu Klang Selangor mendakwa yg dia ni telah dilantik menjadi Rasul selepas Nabi Muhammad SAW. Si Haji Kahar ni dah 2-3 kali pun ditangkap krn menyebar ajaran sesat sebelum ni. Kagumnya, tak serik² lak tuh!

Ada lebih kurang 21 orang pengikut dia. Masa ditangkap ni lah, sempat jugak Haji Kahar menyebarkan "syariat" dia kat pegawai polis dan reporter yg join dlm penangkapan dia. Kelakar betul. Sampai tersenyum² kambing semua yg ada. Yakin dan tegas je masa dia keluarkan statement di atas tu. Tapi bila ditanya dalil² atas dakwaan dia tu, dia boleh suruh cari sendiri. Tau takuuuut... Haha!

Haji Kahar ni lepas bersara dia dah bosan duduk rumah kut. Sesiapa jiran tetangga dia kat Ulu Klang tu, lepas ni if Haji Kahar dah kluar lokap, ajak²la dia pergi mancing...

Dah lama Akuro tak makan ikan keli masak asam tempoyak...

0 Comments

Post a Comment



orang sedang mengintai blog Akuro

about me
View My Complete Profile
blogger
There's a lovely little garden,
in the corner of my heart.
Where every dreams are gathered,
and can never be depart.

links

archives

previous


Powered by IP2Location.com

[Guestbook Akuro] [Sign]