Cerita ni cerita semalam.
Lepas aku dapat painkiller dan lepas aku temankan Mama melawat sedara yg sakit tu, we went for a brief shopping. Mama nak cari bra baru. Aku pun sebenarnya nak jugak satu. Heheh!
Bila nak melangkah je kaki aku kt shopping mall tu, aku ternampak la one familiar face nih.
Berkain pelikat di bahu (?), serban terlilit kemas di kepala. Berkemeja dan berseluar "slack" yg lusuh tapi bersih. Berdiri sambil pegang seketul (?) kertas. Dia termenung. Sendiri.
Aku cepat² melangkah masuk ke mall sebab Mama dah agak jauh tinggalkan aku. Terfikir aku, berapa lama lg org ni harus berada di tempat camni? Sampai bila?
Waktu sedang pilih² bra, aku tnya Mama...
"Ma, masjid dgn asrama anak² yatim kat selatan Siam tu bila nak siap ya?"
"Masjid mana pulak ni..??" Mama tgh sibuk kena "brainwash" dengan salesgirl Triumph yg agaknya dah diajar supaya byk mulut cakap.
Tak relevan soalan aku masa tu. Tak kena tempat.
Familiar face yg aku jumpa kt luar mall td tu sebenar nya peminta sedekah derma untuk sebuah rumah anak² yatim dan sebuah masjid yg kononnya terletak di selatan Thailand. Yang menghairankan aku, pakcik ni (umur dia lebih kurang 60-an) dah minta derma kt town ni sejak aku masih bersekolah lg. Dulu, waktu aku "outing" dgn kawan² sekolah di town ni around year 1995-1999, aku dah nampak pakcik ni wandering around the town. For sure dgn tujuan yg sama dgn sekarang iaitu "nak kutip derma utk pembinaan rumah anak² yatim dan masjid".
Pakcik ni ada satu lembar surat kuasa yg membuktikan yg dia leh pungut derma di kawasan ni. Surat yg kononnya kebenaran dari Pihak Birokrasi Berkuasa Tempatan (PBT). Surat ni dia laminate dan tunjukkan kat org ramai each time dia minta derma. Lepas org bagi derma, dia akan bagi resit yg menandakan dia dh terima derma dan kita pula dah bagi dia derma. Tapi, pada siapa dia nak tunjuk resit ni??
Ntah. Aku pun tak tau.
Aku pernah juga bg derma kt pakcik ni dulu. Sempat juga aku baca surat kuasa dia tu. Surat fotostat je pun. Ada jg cop PBT berkenaan. Tapi tak taula sah atau tak. Aku bg sikit je duit derma. Tak byk. Maklumlah aku masih budak sekolah masa tu. Tambang bas pergi balik ke hostel sekolah pun dah RM2....
Dari thn 1995 sampai 2005. Dah 10 tahun berlalu. Masih blom siap juga ke rumah anak² yatim tu pakcik? Masih blom cukup ke modal nk buat masjid tu pakcik? Macam tak logik je pakcik.
Aku harap pakcik tu masih ada masa aku kluar mall nanti. Aku nak bg sesuatu "untuk dia" bukan utk "rumah anak² yatim" tu. Apalah nasib pakcik ni. Kerja 10 tahun kutip derma. Siapalah yg kejam mempergunakan org tua cam dia ni... Tak berotak langsung...!! Senang² je suruh pakcik ni kutip derma yg kononnya utk tujuan kebajikan, then senang² je depa tuai hasil titik peluh pakcik ni berpanasan sepanjang hari.
Sapa yg salah? Pakcik ni ke? Orang yg srh pakcik ni mintak derma ke? Atau orang yg bagi derma? Pada siapa pakcik ni nak mengadu kalau memang dia dah tak ada pilihan lain selain kerja kutip derma?
Aku kluar mall cepat² sambil bawak botol minyak masak Cap Pisau 5kg yg Mama beli td. Berat botol minyak tu. Tapi berat lg isi hati aku ni. Kat tgn aku dah tergenggam sedikit "buah tangan" utk pakcik tu nanti. Terteleng-teleng kepala aku ke kiri ke kanan mencari kelibat pakcik berserban putih. Aku tgk tempat dia berdiri td.
Tak ada. Dia dah pergi. Aku sedikit kecewa krn hajatku tak sampai.
*sigh*
Dalam kereta masa nak balik ke rumah aku bercerita pasal pakcik ni kat Mama. Aku cerita jugak aku kasihan tengok pakcik ni kena buat kerja macam tu. Aku tnya Mama...
"Ma rasa betul ke pakcik tu pungut derma utk masjid?"
"Ntahla *Akuro, yang pasti masjid dia kat akhirat mesti dah siap tersergam indah."
Aku diam. Aku setuju.
Pakcik tu mangsa keadaan. Aku tau pakcik ni org baik. Tiap waktu solat pakcik ni cepat² bergegas ke masjid yg ada kat pasar berdekatan tu. Lepas solat pakcik ni pergi pungut derma lg.
Tak tau sampai bila la nak siap masjid dia tu...
Malam tadi masa tengah pakai bra baru, aku tiba² teringat kat pakcik berserban putih.
Dah makan ke dia?
Post a Comment