Kisah Si Labu Dan Si Anak Ayam er... Dan anak Tuan Rumah
Wednesday, January 11, 2006 | 10:20:00 PM

Nama saya Si Labu. Petang tadi dgn jayanya saya telah menangkap seekor anak ayam tuan saya dan memakannya. Rasanya sungguh sedap dan rangup. Hahahaha! *gelak evil*

Minggu lps pun saya telah hampir berjaya memakan seekor lagi anak ayam yg berwarna hitam. Selepas menangkapnya, saya telah membawa anak ayam itu ke dlm bilik menjahit tuan rumah saya. Saya telah kantoi krn tuan rumah saya dah nampak saya dan saya tak sempat memakan anak ayam yg pastinya sedap dan rangup itu. *ruginya* Tapi saya takleh gelak evil dah skrg. Saya sedang risau ni. Petang tadi saya terdengar tuan rumah saya cakap kat anak dia tentang nak hantar saya ke tempat lain. Tuan rumah saya ckp saya tak boleh duduk rumah ni lagi. Dia cakap saya jahat. Tapi saya tak jahat. Saya hanya teringin nak rasa daging anak ayam itu saja. Kan skrg ini Hari Raya Korban. Saya pun nak beraya juga. Saya juga terdengar anak tuan rumah saya cakap dia tak nak hantar saya jauh dari rumah ini. Dia nak saya tinggal di rumah ni lagi. Dia sayang saya. Saya pun sayang dia... Dan anak² ayam yg masih berbaki 4 ekor tu lagi. Hahahaha *gelak evil lagi* Oh! Saya sungguh tak sedar diri.

Hmm... Tuan rumah saya nak hantar saya kat mana ye? Tempat baru tu nanti ada tak anak ayam yg sedap dan rangup macam kat belakang rumah ni? Ada tak nasi campur ikan rebus yg sedap macam kat rumah ni? Ada tak susu penuh krim Eberidei yg saya minum dalam mangkuk tiap² pagi di rumah ni? Huhuhuu...! *risaunya*

Anak tuan rumah: Ada sesapa berkenan kat anak dara sorang kucing perempuan yg masih dara ni tak? In the mean time, aku bawak Si Labu tido dlm bilik aku. Aku takot dia kena kidnap (buang) kalo dia tido kat luar.

Selamat Hari Raya Korban anak ayam.

Karangan ini dah habis.


0 Comments

Post a Comment



orang sedang mengintai blog Akuro

about me
View My Complete Profile
blogger
There's a lovely little garden,
in the corner of my heart.
Where every dreams are gathered,
and can never be depart.

links

archives

previous


Powered by IP2Location.com

[Guestbook Akuro] [Sign]