Kawan
Wednesday, January 04, 2006 | 4:53:00 PM

Aku ada seorang kawan.

Lelaki.

Blom lama aku kenal dia. Lebih kurang 2 tahun saja. Kami boleh share n discuss almost everything. Dari seumum-umumnya sehingga ke hal yg paling personal. Aku tak malu nak tanya dia. Biarpun dia seorang lelaki. Aku tak segan. Tak malu.

Setiap hari bergurau senda. Bergelak ketawa. Mengadu nasib. Menemani setia. Kita kawan kan?

Aku tahu semua org akan move forward dlm hidup. Dia dan aku pun akan move forward dlm hidup masing-masing. Tapi ada ke dlm rules PERKAWANAN ni, kalau kita nk step forward dlm hidup kita, kita kena putuskan segala hubungan kawan itu? Kalau ada, tolong bagitau aku sebab aku tak jumpa rule tu sepanjang hidup aku.

Malangnya begitulah pemikiran kawan aku ni. Dia memang kawan aku. Tapi agaknya dia tak anggap aku ni kawan dia. Dia anggap aku ni sepi di angin lalu je. Tak ada erti bagi dia. Aku dah tanya dia. Aku ni ada erti sahabat ke pada diri dia? Dia jawab kita "bestfriend".

Bestfriend.

Tapi "bestfriend" ini rupanya menghulurkan persahabatan yg seumpama "bomb" yg menunggu detik meledaknya. Bestfriend katanya.

Dia cakap, "suatu hari kita akan berpisah". Iya, kawan aku ni cakap macam tu kat aku. Kawan aku ni rupanya tak pernah anggap aku ni kawan dia. Dia sanggup nak melepaskan perkawanan selama 2 tahun itu rupanya. 2 tahun itu tak ada erti rupanya bagi dia. Dia nak lupakan aku rupanya. Begitu rupanya.

Maybe dia dah tak perlukan aku kut. Maybe dia dah bosan dgn aku. Maybe dia dah jumpa kawan yg lebih baik dari aku. Maybe dia dah benci aku. Maybe.

Peliknya. Macam mana berkawan kalau "suatu hari kita bukan kawan lagi"? Macam mana bersahabat kalau "eh, mulai besok kita bukan sahabat lagi". Betul-betul pelik.

Dia suruh aku tinggalkan dia. Sebab aku halang jalan dia. Aku penghalang rupanya. Aku yg dia ckp kononnya kawan dia ni, menyusahkan dia rupanya. Aku berkawan dgn org yg taknak kawan dgn aku rupanya. Aku tak layak jadi kawan dia rupanya.

Kawan ke namanya tu?

Sebagai seorang kawan, hati aku amat terluka dan kecewa kerana seorang kawan.

Tolonglah kawan, ajarlah aku erti seorang kawan...

2 Comments

Post a Comment



orang sedang mengintai blog Akuro

about me
View My Complete Profile
blogger
There's a lovely little garden,
in the corner of my heart.
Where every dreams are gathered,
and can never be depart.

links

archives

previous


Powered by IP2Location.com

[Guestbook Akuro] [Sign]