Salam.
Aku ada berita. Nak mengurangkan berat badan secara intensif. Muhahaha! Caranya?
1) Potong semua pengambilan karbohidrat.
2) Minum banyak air supaya tak kekeringan.
Setakat ni, hari2 aku timbang. Mentang2 penimbang ada dalam bilik. Siap beli yang baru lagi sebab takut yang lama sudah tak dapat dipercayai pergerakan jarumnya. Huahuahua! Sepatutnya aku kena timbang seminggu sekali kan? Baru nampak perubahan dia. Hm... Nampaknya aku kena tetapkan hari timbang berat badanla. Disebabkan hari ni Isnin, jadi bermakna, Isnin minggu depanla aku timbang lagi. Sabarrrr...! Desakan nak timbang berat badan tu selalu ada. Kalau boleh, tiap2 jam nak timbang. Adeh! Kena disiplin la sikit. Eh! Disiplin buuuanyaaakkk...!!!
Sebenarnya dah nak dekat 2 minggu aku kawal makan. Maksudnya dah nak dekat 2 minggu jugakla aku tak makan nasi. Hari tu Mak datang dari Jelai, buat laksa penang yang sangat pekat dan sangat sedap, dengan selambanya aku tolak ketepi. Cuma hirup kuah je. Huhu! (T_T) Tuhan jo tahu betapa teringinnya aku terhadap laksa penang itu. Sekarang, apa2 yang aku masak, aku cuma makan lauknya saja. Misalnya ikan masak asam pedas, ayam masak lemak cili api, cuma makan lauknya jela. Tak ada nasi langsung. Masak lemak cili api tu pun sengaja aku masak pedas2 supaya tak banyak sangat meratah lauk. Ikan masak asam pedas adalah seperti di bawah. Siap letak daun kesum tu. Hehe! Ni lah dia anak Melaka yang baru belajar masak asam pedas. (-_-;) *koff*
.jpg)
Dulu tahun 2004, aku jatuh sakit. Masuk hospital 2 minggu. Masa tu berat aku turun 20% dari berat badan asal. Memang selim seindah suria waktu tu.
Terasa saya sangat santik. Haha! Tapi memandangkan dengan keadaan aku yang sakit itu, maka tak dapatlah aku menikmati sangat badan yang selim itu. Yelah, dengan tiap2 hari kena ambik darah, kena masuk ubat melalui "intra-vena", ubat makan dan masuk air sampai berbelas2 botol. Sebelum masuk hospital tu, aku tak ada selera makan langsung selama sebulan lebih. Padanla badan selim. Sebulan asik minum air atau minum susu saja. Lepas sihat sikit tu, dah mula kemaruk makan. Tapi sempatla membeli-belah pelbagai pesen baju dan seluar jeans baru. Jeans yang bukan jenis “stretch” tu tau. Ni jenis denim asli. (Ada ke denim palsu?) Masa tu rasa sangat seronok sebab dapat beli seluar, senang je nak masuk. Tak ada sangkut2. Haha!
Bila dah betul2 sihat, badan pun naik lagi. Tapi tak adalah macam sebelum sakit tu. Yang harunya, seluar dan baju yang dibeli masa baru lepas sihat tuh, semua dah tak muat. Kalau pakai jugak... Fuh! Melekap tak hengat. Tak sanggupla aku nak pakai baju melekap di badan ni kan. Uhuhuhuuuu...! Jadi, terpaksa simpan jela jeans yang mahal itu di dalam almari. Nak sedekah kat orang, sayang, sebab
mahal woo...! Masa tu, masih optimis yang suatu hari nanti, aku akan dapat pakai jeans itu lagi. (-_-;)
Itu tahun 2005. Akhirnya sampai sekarang jeans itu tetap sangkut agaknya. Agaknyelah kan...
Sekarang tahun 2007. Dah 2 tahun berlalu. Hari tu adik aku datang sini. Dia tak ada baju dan seluar nak pakai. Aku saja je pelawa dia pakai jeans lama tuh. Eh! Dia muat
dengan sedikit sangkut pulak jeans tu. Adik aku ni dia tinggi dan besar sikit dari aku. Aku diamkan aja. Padahal dalam hati, keliru juga. Bila dia balik, lepas basuh jeans
mahal tu, aku pun cubalah sarung pakai. Cuba teka...!!! Muat laaa...!!! Alhamdulillah sangat. Syukur! Nampaknya berhasil juga ya. Ini baru sikit. Bermakna aku dah dapat saiz masa aku baru lepas sakit dulu. Kena teruskan sikit lagi untuk betul2 ehem... selim. *Yokatta ne!*
Memang penurunan berat tu agak perlahan
tetapi stabil. Dulu aku ada ambil Merit. Sebenarnya aku ambil Merit sebab dia lawaskan sistem pencernaan aku. Aku ni jenis susah buang air besar. Bila ambil Merit, tak payah paksa, dia automatik je keluar tanpa disuruh2. Tu yang aku suka. Tapi bekalan Merit tertinggal di Seremban pulak. Di Kelantan ni aku tak tahu kat mana nak beli. Cari kat Mydin tak ada pun. Toko jamu pun tak ada kat sini. Ke aku yang tak tahu lokasi? Ehehe! Nantila aku cuba cari kat Ja'afar Rawas. Mana tahu ada kan.
Post a Comment