Tukar Tajuk?
Thursday, December 24, 2009 | 9:28:00 PM

Terasa macam nak tukar URL blog. Bukan. Bukan merajuk atau menyampah tapi tiba-tiba mata senak tengok URL panjang sedepa.

Lagi pun Akuro sekarang tidak In-The-House alllllllllllllllllllll the time lagi. Sewaktu blog ini lahir, aku tengah menganggur separuh mati selepas tamat belajar di Kelantan. Jadi sekarang jika mempertimbangkan cara hidup aku yang sangat tak berkhasiat, tidak relevan sungguh tajuk blog ini kalau aku cuma berada di rumah cuma 11 jam sehari. Itupun sebahagian besarnya adalah waktu bermesra dengan tilam bantal.

http://akuro.blogspot.com

Amacam?

0 Comments

Post a Comment


Berani Mati
Wednesday, December 23, 2009 | 11:15:00 AM

Bang! Masa depan yang cacat agak-agak berdaya tak lu nak tanggung? Gila berani brader ni wei! Konfiden je tenggek atas tong gas sebelah dapur sambil mulut pung pang pang keluar asap. Masa ni aku dengan budak rumah tengah layan cenel astro (macam kat rumah tak ada kan) kat kedai Abang Ensem.


"Bang, order bang!" Macam ragu-ragu je aku pandang ke beliau.


"Nasi goreng kampung, telur dadar dan sup kosong dua set." Aku order dengan tenang.


"Oh, minum ais kosong dua ye!" Aku tunjuk dua puntung jari di udara.

Abang berani mati sampai sudah tak bingkas bangun ambil pesanan.

Orang lain yang datang. Akak Indon.

Aku sengih sambil ulang order balik. Celaka!


P/S: Peristiwa ini sebenarnya berlaku 2-3 bulan yang lepas. Harap
maklum.


P/P/S: Entri ini juga adalah percubaan aku untuk autopublish.

0 Comments

Post a Comment


Tak Boleh Tidur
Tuesday, December 22, 2009 | 12:21:00 AM

Sudah hampir seminggu kelopak mata atas gagal bertemu kelopak mata bawah sebelum pukul doblas malam.

Sepanjang minggu lepas dan 7 hari sebelum itu macam2 yang terjadi.

Peristiwa mencari dan menalipon list phonebook dari atas sampai bawah. Masing2 malas angkat paha dari sofa atau tikar getah depan tibi untuk bawak diri ke mamak kena teh. Aku ugut blok nombor talipon guna sistem baru kelam kabut nampak muka.

Sudah enak parking atas kerusi meja yang diatur sepanjang tepi longkang di deret kedai baru Sri Rampai tu, nyaris pula bertumbuk dengan pelayan Bangla. Tak patut betul membantah cakap sekumpulan warganegara. Agaknya berani dia nak merasa kerusi plastik melekat belakang badan. Mereka ni sepatutnya menerima latihan budi bahasa di negara asal sebelum dihantar ke sini. Setuju? *mata menyorot ganas*

Plung plang plung plang, angkat kaki, cari port baru.

Sri Rampai jugak, dekat tasik.

Order nasi goreng daging merah. Kelihatan amat menjanjikan (promising). Skali masuk mulut, memang gampang daging rasa sirap. Apa kes? Panggil akak Siam, dia mengaku daging kasi celup sirap mau kasi merah. MASAK MERAH punya pasal!!!!!!!!!!!!!! Kena celup sirap kahhhhhhhhhhh??? *gambar before and after ada diambil tapi kabel adalah di tingkat bawah dan aku adalah malas nak turun*

Nak tak nak, telan jua sebab perut adalah amat lapar apalagi nyaris bercium buku lima dengan Bangla tadi.

Apalah nasib malam tu.

Tapi sebab utama yang membuatkan aku tak boleh tidur ialah memikirkan ada kemungkinan besar 70% aku akan mendirikan rumah tangga pada bulan 10 tahun 2010.

Sekian.

0 Comments

Post a Comment


Kisah Sangap
Monday, December 14, 2009 | 3:05:00 PM

Woh sengal wei. Semalam ternampak 2-3 titik cecair mengandungi hemoglobin tak kurang skala 10 kat seluar dalam.

Sah!

Kensel laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaagi!

Dem yu haid.

0 Comments

Post a Comment



orang sedang mengintai blog Akuro

about me
View My Complete Profile
blogger
There's a lovely little garden,
in the corner of my heart.
Where every dreams are gathered,
and can never be depart.

links

archives

previous
Unwell
Minor
OMG!
This feels like shit!
Great!
Updating blog via Blackberry
Terpaksa Pergi
Tukar Tajuk?
Berani Mati
Tak Boleh Tidur
tagboard
disclaimer
I do share my stories but still,
the momories are always MINE.


Powered by IP2Location.com

[Guestbook Akuro] [Sign]