Rezeki datang mencurah2 lak. Aku ada 2 job interview dalam masa 2 minggu. Try jela. Dalam hidup ni, kita ada hak nak tentukan yang terbaik kan? Kita berhak memilih. Kalau rezeki aku lebih baik di tempat lain, apa salahnya beralih angin? Takkan kita hendak di takuk yang lama je. Allah pun takkan merubah nasib makhlukNya selagi makhlukNya itu tak berubah. Pokok pangkal, niat tu mesti baik.
Hm, adik aku yang seorang tu, Si Pikin, dulu dia keje kat Seremban ni. Dalam bulan 11 camtu, dia ada masalah ngan pakwe dia. Pakwe dia tu keje kat Seremban gak. Akhirnya hubungan mereka tak dapat diselamatkan. Akhirnya mereka berpisah. Adik aku pulak ambil keputusan untuk berhenti kerja dan pulang ke kampung. Frust punya pasal. Padahal kalau dia teruskan keje, tak sampai setahun, permanent la dia jadi staff.
Masa tu aku tengah training lagi kat Mantin. Cakap banyak pun tak guna sebab adik aku ni keras kepala sikit orangnya. Mak aku pun tak dapat halang, apalagi aku. Alasan adik aku berhenti katanya sebab company dah teruk. Potong gaji tak tentu pasal. Padahal, aku tau, dia kecewa pasal hubungan dia ngan pakwe dia tu. Dia tak nak duduk Seremban sebab takut terserempak dengan budak Apis tu. Lagipun, tentu banyak kenangan manis diorang kat sini. Pegi mana2 pun, mestila teringat. Sebab tu la Pikin berhenti kerja kut. Kata hati aku la.
Sekarang Pikin ada kat Jelai. Lama gak dia duk saja2 kat rumah. Akhirnya dia dapat kerja jadi penolong koperasi kat MRSM Gemencheh. Alhamdulillah la kan. Nak demand besar sangat pun, adik aku ni ada sijil SKM MLVK Tahap 2 je. Syukurla dia dapat kerja tempat tu. At least untuk sementara dia dapat kerja yang lebih elok lagi. Bulan lepas dia pegi temuduga SPA Pre-Medical macam yang aku dapat dulu. Mintak2 dapatla dia masuk training mana2. Boleh kerja kerajaan. Masuk training tu, elaun pun dapat. Boleh jugak tolong mak aku kat Jelai tu.
Kadang2, aku pun menyesal tak masuk training Juruteknologi Makmal Perubatan kat Sungai Buloh tahun lepas. Tinggal nak lapor diri je. Kalau tak, mungkin sekarang aku tak macam ni. Hm, nak buat macam mana. Dah bukan rezeki aku. Menyesal dahulu, pendapatan. Aku pun bersyukur dengan keadaan sekarang. Aku percaya, life WILL get better. Asalkan kita berusaha. Kan? Tapi tu cerita lainla.
BTW, tadi Pikin sms.
"...Hhmm..Klu lh adk xpts ngan apis mst kt duk 1 umh kan."
"Adk bnti kj 2 yg slack.Pts dg apis 2 dh tkdir.2la,duk 1rmh kn sng.."
"Hmm..Tu lh.Sbnrnya mysl sgt2.Tp xnk tnjk kt ssape.Gj dhlh mhl.Dh nk permenant lak tu."
"Phm sgt.Besala,kta tgh emosional,wt kptsn pn xrasional.Nk msuk blk kt &@ pn dh malu kn.Xpola,myb rzki adk kj krjaan kut.."Lepas tu dia tak balas dah. Aku tau dia sedih dan menyesal. Aku paham. Sebab aku pun pernah melaluinya jugak dulu walaupun situasinya tak sama 100% macam dia lalui.
Hidup ini suatu pengalaman kan? Kita belajar melalui kesilapan.
Hopefully.
Macam lain bunyinya tu kan? Hm, boleh tahan la maksudnya. Not great but ok. Setakat ni boleh lagi handle dengan karenah anak2 Busu. Terpaksala cope with everything. Dah duduk dengan dia, kenala pandai2 sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Apalagi Busu ada seorang anak istimewa yang perlukan perhatian khusus. Walaupun urusan seharian pun dah cukup meletihkan. Gagahkan juga la tenaga yang ada. Lagipun, kesian Busu. Dia pun kerja. Nak uruskan anak2 dia yang lain lagi. Jadi, waktu aku yang free tu, bolehla bantu Busu untuk ringankan beban dia.
Tapi kan, kadang2 rasa nak tinggal sendiri jugak. Bukan apa. Bukan aku tak ikhlas. Cuma kadang2 kita perlu masa untuk diri kita sendiri kan? Jadi bila aku tak/kurang dapat masa itu, aku jadi a bit "cranky". Buat keje pun jadi mudah marah. Balik rumah pun cepat letih. No time for myself. Untuk belai diri sendiri. Untuk ada privasi. So itu jela dilemma(?) aku sekarang. Nak keluar dari rumah ni, serba salah. Tak nak keluar, serba salah jugak. Any suggestion?
So that's why I said, life is good.
Not great, but just about ok.
Hm, at least for now.
P/S: Stitch the kucen mengiau dlm bilik air tadi. Ingatkan kenapa. Rupanya dia haus, nak minum n mintak aku penuhkan air dalam gayung. How cute! Rasanya aku pernah buat entry pasal gesture simple kucen camni yang buatkan aku tersenyum the whole day...


Gambar tak clear sangat. Snap guna handphone.
Bye!
Post a Comment