29 Ogos/10pm - berangkat ke KL
Hati tak percaya je. Allah jela yang tau. Beberapa kali ketawa-ketawa sendiri dalam bas kerana masih tak percaya akan kesanggupan sendiri.
30 Ogos/6.30am - sampai di Terminal Putra KL.
7.45am. SMS berbunyi. 20 saat kemudian ternampak kelibat teman menghampiri. Dengan lambaian tangan akhirnya dia datang berdiri di hadapan aku. Tiada salam yang bersambut. Masing-masing senyum dengan keringat mengalir di dahi. KL panas. Sepanas degupan jantung aku 20 saat yang lepas!
Kami bersarapan di food court Terminal. Bihun sup aku pun tak habis. Tak selera! Panas! Beg berat! Malu! Hehe!
Hm, no different person that I used know. Only better! Syukur alhamdulillah...Walaupun dah biasa pergi KL, aku masih blom familiar dengan pengangkutan tren awam di sana. Sudah menjadi rencana kalau dia mahu menemankan aku sehingga ke pintu rumah Abang Nizam di Setiawangsa. Janji itu dia tepati. Jam 10.30am aku sudah mengetuk pintu apartment. Dia pulang ke Negeri Sembilan dengan janji akan datang menjemput malam nanti untuk acara selanjutnya.
Kak Yeni dan anak-anak buah sudah menunggu kedatangan Mak Teh mereka rupanya. Makanan dah siap dan aku makan walaupun belum mandi. Selepas mandi barulah aku merehatkan badan sambil main-main dengan Dhania, Husna dan Farhah. Iya, anak Abang Nizam semuanya perempuan. Haha!
Keropok lekor yang aku bawa diserahkan kepada Kak Yeni. Gorenglah separuh, separuh lagi nanti aku goreng sendiri untuk dikongsi makan oleh teman-teman malam nanti. Dalam hati tak sabar menunggu malam.
30 Ogos/8.00pm - SMS masuk mengatakan dia akan sampai dalam masa 20 minit lagi!
Keropok belum digoreng! Aku belum mandi! Aduh! Untung jalan sesak kerana malam Merdeka, jadi hampir jam sembilan baru dia sampai di apartment. Abang Nizam berpesan jaga diri baik-baik dan sempat beri aku duit poket. Haha! Dah besar macam ni pun masih dapat duit juga.
Dalam kereta ada dia dan Abang Zaim. Belum apa-apa keropok yang diminta dahulu. Lapar katanya dari Negeri Sembilan memandu belum sempat makan. Kasihan. Baru saja 15 minit perjalanan, keropok dah tinggal separuh. Nampaknya tak dapat merasalah kawan-kawan yang bakal bertemu sebentar nanti. Haha! Kasihan Reha, Sya, Mimi, Ayip, Anip, Affa dan Mat nanti.
31 Ogos/12.01am - Happy Merdeka Day Malaysia! Whatever what it means.
Waktu itu jalan penuh sesak. Traffik berhenti di tengah-tengah jalan untuk menyaksikan pertunjukan bunga api. Terpaksa menunggu keadaan reda baru singgah di kedai untuk mengisi perut yang dah lapar. Malangnya laksa Penang yang dipesan tak sedap. Yang bagusnya dia tak malu-malu nak habiskan makanan aku. Membazir itu amalan syaitan. Alasan buruk lantak! Huhu!
31 Ogos/1.45am - Dalam perjalanan ke pantai Port Dickson.
4 buah kereta semuanya. A small gath we had. Tiba-tiba saja ramai yang mahu join event kami. Syukurlah, akhirnya dapat bertemu juga. Kami akan bermalam di sana beramai-ramai. Unggun api? Barbeku? Gitar? Hm... Tempting!
31 Ogos/8.00am - Mandi laut!




Hm... The water was nice. Warm and super salty. Haha! I hate the water but I love the wonderful companion I had.




Yes, I really do!
31 Ogos/12.00pm - On our way back. Dia hantar aku ke Seremban dan dia meneruskan perjalanan ke rumahnya. Haha! Pasti kena marah kerana balik lambat. Nasiblah!
Adik Pikin jemput di Giant dan aku sampai-sampai saja di rumah, rebah kepenatan. Tidur walaupun belum mandi. Bangun-bangun saja hari dah senja. Malamnya ke JJ sebentar. Shopping baju baru. Huhu!

RM23.90 saja.
Esoknya adik kerja dan aku tinggal sendirian di rumah. Aduh! Baju semalam penuh pasir pantai. Aku selesaikan semuanya. Thanx to the washing machine! Sleep some more. Swimming in the shore sure drained me down.
*grin*
To be continued...
Aduh! Penatnya...!
Tapi seronok.
Hehe!
Sebelumnya ramai-ramai berbondong ke futsal center.
Dia gian nak main bola.
Aku yang menjadi peneman pun kepenatan bersorak.
Adeh!
Habis perlawanan, rasa kantuk tak tertahan.
Bau kereta pun dah macam rojak basi.
Hm... Busuk pun busuk lah.
Haha!
Singgah sekejap di tempat teman ini untuk dia mandi.
Moga kereta lepas ini berbau segar dalam perjalanan pulang.
Post a Comment