DEN NAK POIE NI
Sunday, August 27, 2006 | 3:52:00 PM
Sakit perut den ni ha!
Hari first period.
Erm, lusa den nak poie KL.
Sambut merdeka kat sana.
Yeay! Merdeka! Merdeka!
Ntah apo yang nak disambut pun den tak tau.
Sobona eh lebih kepada jumpo kawan-kawan yo.
Then lopeh tu den balik nogoghi la kojap.
Jumpo omak.
Balik nanti den update laie.
Doakan den yo?
Nak ikut?
Tak dapek den nak nolong doh!
Haha!

HARAPAN
Sunday, August 13, 2006 | 5:43:00 PM
Lama tak update ya? Kerana tiada yang menarik berlaku di dalam kehidupan saya saat ini. Dapat menghela nafas setiap saat pun saya sudah bersyukur.
10 August berlalu lagi. Saya sudah berusia 24 tahun sekarang. Harapan dan doa mengiringi. Terima kasih Tuhan kerana mengurniakan nikmat hidup ini yang entah berapa lama lagi dapat saya kecapi.
Kerja saya belum juga selesai. Tapi hujung bulan ini insyaAllah saya akan ke Kuala Lumpur. Bertemu rakan-rakan yang sudah lama merancang untuk bertemu. Dan juga bertemu dia...
Rindu itu datang lagi. InsyaAllah dengan restu orang tua, kita akan bertemu.
Amin.

Post a Comment