Apabila ada keramaian di rumah. Saya tak suka. Dia akan bercerita tentang saya kepada orang-orang yang ada. Kerana apa yang dia cerita tak semuanya benar dan biasanya memalukan saya di depan orang ramai. Ini membuatkan saya sangat tertekan. Saya hanya mampu diam sambil berpura-pura tidak mendengar. Saya akan beri alasan untuk naik ke tingkat atas. Ke bilik saya. Selalunya setiap keramaian berakhir dengan tangisan pilu saya sendiri. Saya malu. Saya tiada tempat mengadu. Saya tidak tahu apa tujuannya.
Sudah berapa kali tamu datang silih berganti. Saya tahu kenapa tamu-tamu itu datang berkunjung. Tapi biasanya, itulah kali pertama dan terakhir kedatangan mereka. Cerita-cerita dari dia membuatkan diri saya tidak cukup bagus
dijadikan menantu. Cerita-cerita dari dia membuatkan saya tidak bernilai. Tapi apalah daya saya. Saya hanya hidup menumpang di sini. Semuanya saya harus telan. Kerana saya dah menganggap dia sebagai ibu saya sendiri.
Baru-baru ini saya mendapat peluang pekerjaan di Kuala Lumpur. Hati saya girang. Akhirnya saya boleh keluar dari kepompong ini. Sesuatu yang dah terlalu lama saya dambakan. Dia mencanang berita ini. Kepada kawan-kawannya. Kepada keluarga di sebelah sana. Tetapi malangnya, saya terpaksa menolak peluang pekerjaan itu disebabkan hal-hal tertentu. Hati saya hancur berkecai. Peluang saya hilang. Saya bersedih. Sekali lagi dia mencanang kegagalan saya menerima peluang itu. Habis diceritakan kepada orang tentang kenapa saya menolak tawaran itu dengan alasan yang tidak munasabah. Sampai keluarga sebelah sana risau keadaan saya di sini. Saya malu. Ya Tuhan...
Seperti selalu, hari ini, beginilah berakhirnya setiap keramaian di rumah saya.
Hal seperti inilah yang membuatkan hati saya tertahan selama ini...
Post a Comment