BERTIMPA-TIMPA
Saturday, May 27, 2006 | 4:47:00 PM

1) Datuk (ayah kepada abah saya) sedang sakit tenat. Risau kerana ini.

2) Saya kena hantar report setebal 2 inci esok tapi sampai sekarang belum saya susun atur dengan sempurna. Agak sengal apabila memikirkan ini.

3) Inbox SMS yang berisi beratus-ratus SMS "kenangan" saya telah kosong lesap hilang dalam sekelip mata dan saya baru menyedarinya beberapa minit yang lalu. Terkejut!

4) Sedang menahan period pain yang tersangatlah bergelombang! Terguling-guling kerana ini.

5) Abang juga tidak ada untuk saya kali ini. Walaupun sekadar untuk memberi kata-kata semangat. Yang sangat-sangat saya perlukan. Sedih juga kerana ini.

6) Tidak dapat dinyatakan di sini.

7) Tidak dapat dinyatakan di sini.

8) Belum cukup lengkapkah tahap tensi saya?

Ya Allah Ya Rabbi, permudahkanlah segala. Sesungguhnya hambaMu ini terlalu kerdil. Lemah. Namun aku redha di atas setiap ujianMu terhadapku...

Amin.



Feel free to call! Free PC-to-PC calls. Low rates on PC-to-Phone. Get Yahoo! Messenger with Voice

14 Comments

Post a Comment


SAYA MELAPORKAN
Friday, May 19, 2006 | 7:55:00 PM


Assalamu'alaikum.

Selamat petang. Saya nak bercerita tentang kisah seminggu saya.

Ahad. Selepas sampai di tempat kerja, perut saya mengadu. Lapar katanya. Saya telah pergi makan pagi berseorangan *kerana saya sampai seawal tujuh pagi, masih belum ada teman sekerja yang datang untuk diajak makan pagi bersama* di cafe dan telah sesuka hatinya makan itu roti canai. Aum! Tujuh belas minit kemudian saya sudah berada lagi di tempat kerja seperti sediakala. Ada teman sekerja mengadu lapar kepada saya dan bertanya adakah saya sudah bersarapan. Saya berkata saya sudah makan dan berlalu dari situ cepat2 sebelum dia mengajak saya makan bersama beliau. Ada sebab tertentu yang menyebabkan saya bersikap begini terhadap beliau. Lain kalilah saya bercerita tentang ini.

Isnin. Saya pergi kerja dengan muka masam. *sila lihat gambar, perhatikan tanda bulatan merah*.



Ini adalah sebab utamanya. Saya dah cerita dalam karangan blog saya yang lepas2 pasal *ketumbuhan* yang satu ini. Di banyak2 luas permukaan badan saya ni, dia pilih nak bermastautin di situ juga. Heran! Geram! Baru saya pegang2 tempat yang rasa perit tu, eh, dah masak ranum rupanya dia. Uh, sakit!

Selasa. Baru2 ini, ada seorang kawan saya telah memperkenalkan satu permainan kat saya *alamak, kantoi main game waktu kerja*. Setelah dicuba *bermain* beberapa kali, saya berperasaan *oh, game ini bagus* dan saya bersenang hati telah membawa permainan komputer ini ke tempat kerja. Setelah selesa duduk ditempat, saya mula bermain, eh, maksud saya bekerja sambil bermain *sikit*. Tanpa disangka, aktiviti *keji* saya ini telah diperhatikan oleh mata2 yang sungguh berbahaya sekali.



Akibatnya, tempat duduk rasmi dan komputer riba saya telah di *hijack* oleh orang2 ini. Huu..!! Makin sakit benda yang tumbuh di tepi bibir saya. Saya hanya mampu memerhati keadaan ini dari sipi2 selama satu setengah jam sambil menggigit jari.

Rabu. Tiada apa2 yang menarik berlaku selain saya sesat dalam komuniti universiti dan tak tahu jalan pulang ke tempat kerja. Hal ini berlanjutan selama lima belas minit sehingga memaksa saya menghubungi teman sekerja untuk mengambil dan membawa saya pulang. Apabila mendail nombor telefonnya, baru saya sedari bahawasanya *kredit anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan ini. Bai!* Sekali lagi sungguh keji suara itu di saat2 genting yang saya hadapi. Oh, ada telefon awam berdekatan, lantas saya menghampiri dan memanfaatkannya sebaik mungkin.

Khamis. Sepulangnya dari tempat kerja, setelah membersihkan, menyolat (ops!) bersolat dan mengenyangkan diri, saya pun melepak2lah di ruang tamu sambil menonton televisyen. Adapun waktu itu terdapat Abah dan Mama bersama-sama mengikuti siaran televisyen. Tiba2 tanpa disangka, Abah mengeluarkan satu sampul surat. Dikeluarkan satu kad. Kad jemputan rupanya. Oh, bukan kad jemputan orang kahwin ya. Maklum, sekarang ni dah nak cuti sekolah. Makanya banyak yang mengambil kesempatan untuk mendirikan masjid *tidak termasuk saya, ok*. Berbalik kepada kad jemputan tadi, ia berwarna ungu. Warna khas/khusus sebuah universiti di sini yang juga merupakan majikan kami berdua (Abah dan saya). Al-kisahnya Abah mendapat jemputan untuk menghadirkan diri ke suatu majlis anugerah cemerlang perkhidmatan rupanya. Patutlah berseri saja mukanya sejak petang tadi. Hehe! Seiring dengan penganugerahan khidmat cemerlang tersebut, majikan telah berbesar hati memberi serba sedikit inisiatif **** angka kepada Abah. Oh! Alhamdulillah. Setelah mengusik, bergurau dan mengucapkan tahniah kepada Abah, saya pun meminta izin untuk ke tandas memandangkan perut saya sakit. Seselesainya saya dari tandas, saya ternampak Abah masih menilik2 kad jemputan di tangannya. Sambil tersenyum2. Ntah apalah yang difikirnya tuh. Perkataan demi perkataan dibeleknya mungkin. Bangga sungguh Abah. Ini pertama kali sepanjang perkhidmatannya Abah dibesarkan dengan anugerah sebegitu rupa. Nikmatilah Abah. Tahniah. Jangan lupa belanja saya dan Mama ya!

Selamat berhujung minggu.

Wassalam.

4 Comments

Post a Comment


A SECRET, IT SHOULD BE
Sunday, May 14, 2006 | 8:55:00 PM

For three years now.
Loving.
Admiring.
Secretly.
Guess, it will stay that way.
Forever.
Should be.
Yes, I am a sinner for not telling.
So help me God.

The end.

2 Comments

Post a Comment


MANLY TALKS
Tuesday, May 02, 2006 | 8:32:00 PM

Working in the so-called "men's" work-field is indeed a challenge for me to get used to. Mentally, physically and of course emotionally. Not to mention the *panjat2 tangki air* thing, everyday also, I have to endure this manly talks. Yes. Not only the opposite gender has "girly-talk" you know. Boys er I mean guys also has it.

"Tak sedap eh. Seluar aku ketat hari nih!"

"Seluar ketat ke, ada kecederaan dalaman nih?"

*Whole bunch of them burst in laughter*

Me? Goosebumps! I did't even dare to look.

"Aku tengok cerita semalam, org tu p***r dia putus mu tahu!"

*Yes, he actually said the ***** word aloud, thanx for not noticing me!*

"Pahtu?"

"Kena sambung balik la mu. Hiii... Nasib baik hak aku ada lagi!"

*Dusyum!*

Tak tahannya, dia siap raba2 dia punya *toot* tuh. Adeh!

Me? Starting to have cold feet, just grab my bag and headed to the surau. *lega!*

I might have blend with the colour too well. How they just forget I am a girl being around them. Hahahahaha....! I wonder whatelse they talk about when the girls is not around. Thinking of that surely sends a shiver tho! But *my* curiousity always wanders... Tomorrow, what more will they feed me with? I think, *ehem* I'll turn this talks into an "educational" one lah. Hey, don't get me wrong. At least I get to know what every else-girl out there didn't, right? *wink*

He.. He.. He..

*grin*


12 Comments

Post a Comment



orang sedang mengintai blog Akuro

about me
View My Complete Profile
blogger
There's a lovely little garden,
in the corner of my heart.
Where every dreams are gathered,
and can never be depart.

links

archives

previous
Unwell
Minor
OMG!
This feels like shit!
Great!
Updating blog via Blackberry
Terpaksa Pergi
Tukar Tajuk?
Berani Mati
Tak Boleh Tidur
tagboard
disclaimer
I do share my stories but still,
the momories are always MINE.


Powered by IP2Location.com

[Guestbook Akuro] [Sign]