And finally the bomb exploded...
Monday, January 16, 2006 | 2:43:00 PM

So now I know...
The broken glass from the blast stung into my eye.
It hurts so much I couldn't cry.

So now I know...
What it feels when a knife cuts a finger.
For only this time the blood is dripping from my heart.
It's over.

It hurts. So bad.

9 Comments

Post a Comment


Hari Ini...
Thursday, January 12, 2006 | 9:07:00 PM

3.47PM.

"Ja, bubur jagung ada atas meja. Ma nak pergi masjid." Bunyi SMS itu.

Aku hanya membalas SMS itu dengan senyuman. Bubur jagung kegemaranku yang dipinta semalam dah tersedia di atas meja rupanya.

4.00PM.

"Ah! Hujan petang ni. Mesti jalan jammed ni." Getus aku sambil memandang ke luar tingkap kereta di satu traffic light.

Aku menggeliat kecil menghilangkan lenguh badan. Oh! Driver kereta sebelah memerhatikan aku rupanya. Agak malu mengenangkan kelakuan aku tadi menyebabkan aku terus memandang ke hadapan. Sesaat dua kemudian aku lihat lagi ke kereta sebelah tanpa ada niat apa² pun. Aduh, sang lelaki masih memandangku. Sombong Serius mukanya. Dia mengalihkan pandangannya ke hadapan sekaligus menghadiahkan aku satu jelingan sambil sengaja menderum²kan enjin keretanya. Amboi! Egonya mamat ni. Hmmm... Tipikal lah... Pemandu lelaki bila nampak pemandu perempuan macam aku ni. Nak tunjuk hebatlah tu. Kebetulan pula kenderaan kami masing² mengepalai traffic light itu. Dia di kiri, aku di kanan.

Lampu hijau.

Seperti yang aku jangka, kenderaan di kiri memecut laju dengan deruman enjin yang sengaja dibuat². Aku biarkan saja. Malas nak ambil pusing. Tiba² sepantas kilat dia memintas jalan aku di kanan. Tanpa bagi signal pula tu. Melampau! Nasib baik aku cepat tekan brek. Mengucap panjang aku dibuatnya. Astaghfirullahal'azim...

"Takpelah, kesian... Dia sakit perut nak terberak agaknya. Sebab tu dia nak cepat potong line tu." Mengusap dada aku memujuk geram di hati. Aku teruskan perjalanan pulang.

Dah terbayang di fikiran betapa sedapnya bubur jagung di rumah nanti.

5 Comments

Post a Comment


Kisah Si Labu Dan Si Anak Ayam er... Dan anak Tuan Rumah
Wednesday, January 11, 2006 | 10:20:00 PM

Nama saya Si Labu. Petang tadi dgn jayanya saya telah menangkap seekor anak ayam tuan saya dan memakannya. Rasanya sungguh sedap dan rangup. Hahahaha! *gelak evil*

Minggu lps pun saya telah hampir berjaya memakan seekor lagi anak ayam yg berwarna hitam. Selepas menangkapnya, saya telah membawa anak ayam itu ke dlm bilik menjahit tuan rumah saya. Saya telah kantoi krn tuan rumah saya dah nampak saya dan saya tak sempat memakan anak ayam yg pastinya sedap dan rangup itu. *ruginya* Tapi saya takleh gelak evil dah skrg. Saya sedang risau ni. Petang tadi saya terdengar tuan rumah saya cakap kat anak dia tentang nak hantar saya ke tempat lain. Tuan rumah saya ckp saya tak boleh duduk rumah ni lagi. Dia cakap saya jahat. Tapi saya tak jahat. Saya hanya teringin nak rasa daging anak ayam itu saja. Kan skrg ini Hari Raya Korban. Saya pun nak beraya juga. Saya juga terdengar anak tuan rumah saya cakap dia tak nak hantar saya jauh dari rumah ini. Dia nak saya tinggal di rumah ni lagi. Dia sayang saya. Saya pun sayang dia... Dan anak² ayam yg masih berbaki 4 ekor tu lagi. Hahahaha *gelak evil lagi* Oh! Saya sungguh tak sedar diri.

Hmm... Tuan rumah saya nak hantar saya kat mana ye? Tempat baru tu nanti ada tak anak ayam yg sedap dan rangup macam kat belakang rumah ni? Ada tak nasi campur ikan rebus yg sedap macam kat rumah ni? Ada tak susu penuh krim Eberidei yg saya minum dalam mangkuk tiap² pagi di rumah ni? Huhuhuu...! *risaunya*

Anak tuan rumah: Ada sesapa berkenan kat anak dara sorang kucing perempuan yg masih dara ni tak? In the mean time, aku bawak Si Labu tido dlm bilik aku. Aku takot dia kena kidnap (buang) kalo dia tido kat luar.

Selamat Hari Raya Korban anak ayam.

Karangan ini dah habis.


0 Comments

Post a Comment


Updating blog entry via email. Can or not?? (Part 2)
Monday, January 09, 2006 | 12:01:00 AM

This entry was sent via email.

Huh! Penatnya godak² blog. Tapi baloi juga sbb aku jumpa lak fungsi dlm blog yg tak pernah aku tau ni. Kita boleh update entry dr email kita tau? Means kita tak payah login kat blogger.com dah. Kita leh publish entry baru kita cam kita send email biasa je. Maklumla kan, kdg2 connection blogger kat sesetengah org tu *akula tu* lambat sgt. Sampai ada yg bg alasan taknak update blog sbb connection lambat. Leceh la, lembab la, error la. Mcm² alasan. Hehe!

Maybe readers lain dah tau pasal ni kut. Tapi bg yang blom tau... Ni aku share, ok?

1) Login kat www.blogger.com macam biasa
2) On Dasboard, klik blog yang nak diupdate (you may have more than 1 blog on the same account, kan?)
3) Click on "setting" option
4) Click on "email" option
5) Anda akan nmpk 2 field yg perlu diisi
    a) BlogSend Address : Isi email address anda di sini.
        Cth: akuro@yahoo.com
    b) Mail-to-Blogger Address : Isi secret name anda di sini.
        Cth: akuro.secretname@blogger.com
Jgn lupa check option "publish" di sblhnya, ok? Kalau tak check, entry anda cuma akan diset as "draft" not "publish".

6) Save settings
7) Republish your blog
8) Done!

Selepas ini anda boleh tulis n send new entry anda via email biasa (BlogSend Address). Selepas entry anda siap ditulis dan diedit, hantarkan ke email yg ada secret name tadi (Mail-to-Blogger Address). Note the "dot" in this email address.
So, lps ni takde dah alasan tak update blog sbb blogger.com lambat lembab, ok!

Selamat mencuba!

Oh! Aku blom tau whether blogging via email ni boleh terima HTML codes atau tak. Ni nak try, jgn gelak kalo tak jadi tau.

Akuro <strike>comel</strike> baik.

Hehe!


Yahoo! Photos
Got holiday prints? See all the ways to get quality prints in your hands ASAP.

3 Comments

Post a Comment


Updating blog entry via email. Can or not?? (Part 1)
Sunday, January 08, 2006 | 5:18:00 PM

Ini try update entry via email...

Test! Test!

1...
2...
3...
4...
5....

Ok, set!



Yahoo! Photos
Ring in the New Year with Photo Calendars. Add photos, events, holidays, whatever.

0 Comments

Post a Comment


Cerita hari ini
Friday, January 06, 2006 | 7:33:00 PM

Hari ni aku buat kerja. *hari lain pun chatting kerja juga* Hari-hari chatting kerja. Chatting Kerja! Chatting Kerja! Chatting Kerja!

Mmg takde moodnya. Bencinya. Tak laratnya. Tak sukanya.

Tapi aku kena buat jugak. Kena habiskan jugak. Esok aku nak p interview jugak, so hari ni kena habiskan kerja jugak.

Oh, kerja ku sungguhla tak seronot. Kenapala tak suruh aku gosok gigi harimau ke, bilang bulu beruang ke, bagi mandi gajah ke. Tapi aku ikhlas. *yela tu* Dan aku teruskan jua. Demi bangsa dan negara. Demi kesejahteraan bersama.

Selepas 4 jam 15 minit berlalu.

Oh! Sikit lagi kerja aku nak habis. Tahan sikit lagi! Kejap lagi mesti habis... Lepas ni pasti habis!

Compile...! *berdebar²*

Error! *buduh*

Scanning!

Correction!

Compile! *berdebar²*

System stable....! *syabbas mere beti*

Aaaaarrrggghhhhh...! Extacy! Kerja dah habis. Tak payah gosok gigi harimau lagi. Tak payah bilang bulu beruang lagi. Tak payah bagi mandi gajah lagi.

Erk! Bagi mandi gajah tu cam seronot juga yer? *nak apply kat mana ar?*

Yeay!

Kemas meja kejap lagi.

Balik rumah makan megi!

Cukup bulan terima gaji!

Cerita dah habis lagi.

0 Comments

Post a Comment


Stress
Thursday, January 05, 2006 | 11:21:00 AM

Hari ni aku nak membebel pasal apa ya? Pasal kawan lagi? Oh... No! Everytime aku pikir psl tu aku jadi sedih. Jadilah aku seorang yg kecewa lg. See? Aku dah membebel juga pasal kawan. Sabar je lah.

Stop.

Lama betul aku tak update blog ni. Ntah napa before aku jadi malas je. Jeles nya aku tgk blog org lain rajin berupdate. Ish, why too many negative energy dlm penulisan aku ni?

Stop.

Nak mandi then nangis puas²? Tak logic la mandi kat ofis. Haha!

Stop.

Semalam aku tgk Dutch Lady 1,2,3. Alaa yg host dia Sofia Jane tu. Yang pasal how to take care babies. At the end of the show Sofia interview 1 org doctor. Don't know doctor apa, doktor sakit jiwa kut sbb dia ckp psl how to handle stress. Apa? Tidur adalah ubat stress? Ohhh tidak... Hanya org yg nak lari dr masalah je tidur. Bila bgn? Nak tak nak kena hadapi lagi masalah tu.

BTW, doctor tu ajar... kalau kita nk lepaskan perasaan geram kita tu...

1) Tulis nama org yg kita geram/marah kat kertas. Tulis dgn penuh perasaan tujuannya nak buang semua perasaan benci n marah kat orang tu. Then koyak kertas tu n gumpal then buang dlm tong sampah. Buat banyak kali sampai perasaan dah lega.

2) 9 tepukan : Mula² fokus kat minda kita pasal org yang kita benci/marah/dendam tu. Then buat 10 tepukan lembut kat dahi, pelipis, bawah mata, belakang telinga, bawah leher, kedua pergelangan tangan, dada, ribs and lastly... Ambil nafas dalam², silangkan tangan cam Ultraman Taro tu atau cam huruf "X" then hembus nafas sekuat hati. Ulang 3x.

3) Mulai dari tangan kiri, genggam jari mulai dari ibu jari hingga ke jari kelingking. Sambil genggam tu, massage la sikit². Ni berkesan nak release stress katanya. Bila habis jari tangan kiri, ulang kat jari tangan kanan pula.

Sejauh mana berkesan? Hehehe... Boleh la... Especially yg no 1 dan 2.

Kalau tak berkesan jugak, gi je tumbuk hidung orang tu kuat².

Habis cerita.

0 Comments

Post a Comment


Kawan
Wednesday, January 04, 2006 | 4:53:00 PM

Aku ada seorang kawan.

Lelaki.

Blom lama aku kenal dia. Lebih kurang 2 tahun saja. Kami boleh share n discuss almost everything. Dari seumum-umumnya sehingga ke hal yg paling personal. Aku tak malu nak tanya dia. Biarpun dia seorang lelaki. Aku tak segan. Tak malu.

Setiap hari bergurau senda. Bergelak ketawa. Mengadu nasib. Menemani setia. Kita kawan kan?

Aku tahu semua org akan move forward dlm hidup. Dia dan aku pun akan move forward dlm hidup masing-masing. Tapi ada ke dlm rules PERKAWANAN ni, kalau kita nk step forward dlm hidup kita, kita kena putuskan segala hubungan kawan itu? Kalau ada, tolong bagitau aku sebab aku tak jumpa rule tu sepanjang hidup aku.

Malangnya begitulah pemikiran kawan aku ni. Dia memang kawan aku. Tapi agaknya dia tak anggap aku ni kawan dia. Dia anggap aku ni sepi di angin lalu je. Tak ada erti bagi dia. Aku dah tanya dia. Aku ni ada erti sahabat ke pada diri dia? Dia jawab kita "bestfriend".

Bestfriend.

Tapi "bestfriend" ini rupanya menghulurkan persahabatan yg seumpama "bomb" yg menunggu detik meledaknya. Bestfriend katanya.

Dia cakap, "suatu hari kita akan berpisah". Iya, kawan aku ni cakap macam tu kat aku. Kawan aku ni rupanya tak pernah anggap aku ni kawan dia. Dia sanggup nak melepaskan perkawanan selama 2 tahun itu rupanya. 2 tahun itu tak ada erti rupanya bagi dia. Dia nak lupakan aku rupanya. Begitu rupanya.

Maybe dia dah tak perlukan aku kut. Maybe dia dah bosan dgn aku. Maybe dia dah jumpa kawan yg lebih baik dari aku. Maybe dia dah benci aku. Maybe.

Peliknya. Macam mana berkawan kalau "suatu hari kita bukan kawan lagi"? Macam mana bersahabat kalau "eh, mulai besok kita bukan sahabat lagi". Betul-betul pelik.

Dia suruh aku tinggalkan dia. Sebab aku halang jalan dia. Aku penghalang rupanya. Aku yg dia ckp kononnya kawan dia ni, menyusahkan dia rupanya. Aku berkawan dgn org yg taknak kawan dgn aku rupanya. Aku tak layak jadi kawan dia rupanya.

Kawan ke namanya tu?

Sebagai seorang kawan, hati aku amat terluka dan kecewa kerana seorang kawan.

Tolonglah kawan, ajarlah aku erti seorang kawan...

2 Comments

Post a Comment



orang sedang mengintai blog Akuro

about me
View My Complete Profile
blogger
There's a lovely little garden,
in the corner of my heart.
Where every dreams are gathered,
and can never be depart.

links

archives

previous
Unwell
Minor
OMG!
This feels like shit!
Great!
Updating blog via Blackberry
Terpaksa Pergi
Tukar Tajuk?
Berani Mati
Tak Boleh Tidur
tagboard
disclaimer
I do share my stories but still,
the momories are always MINE.


Powered by IP2Location.com

[Guestbook Akuro] [Sign]