Source: Unknown
*diedit oleh Akuro sesuai untuk publikasi*
Sepasang kekasih Seri dan Mat Nor akan berkahwin dalam jangka masa terdekat. Mat Nor mempunyai masalah dengan bau kakinya yang sangat menyengat dan susah dihilangkan. Ayahnya menasihati dia supaya selalu memakai sarung kaki untuk menyerap bau itu dan mencuci kakinya setiap kali ada kesempatan.
Sementara itu Seri pula mengalami masalah dengan bau nafasnya yang hanya muncul sewaktu bangun pagi. Ibunya memberi nasihat kepada Seri untuk bangun lebih awal, tidak mengucapkan sepatah katapun ketika bangun pagi dan terus ke bilik mandi untuk gosok gigi.
Selepas itu mereka pun berkahwin dengan rasa lebih yakin. Malam pengantin berjalan dengan lancar. Menjelang subuh, Mat Nor terbangun disebabkan salah satu sarung kakinya tertanggal. Dengan agak panik Mat Nor mencari sarung kakinya di setiap inci tempat tidur.
Tentu saja hal itu membuatkan Seri terbangun. Seri tanpa berfikir panjang terus bertanya,
"Kenapa ni, Bang?"
"Ya Allah…!?," desis Mat Nor terperanjat.
"Awak makan sarung kaki saya ya...?!"
Akuro: Adeh..!
Post a Comment