Masalah lagu!
Tuesday, June 28, 2005 | 4:00:00 PM

Rasanya dah lama tak buat entry baru di ruangan posting ni. Sekarang ni jela baru ada seru nk menulis menaip. Hari ni aku belajo pasang lagu di blog ni haaa.. Tak tau la OK ke tak. If ada yg leh dgr means success la tu. Thx to anak cikgu yg tak kurang handalnya mengajar hamba yg sedikit "siput" ni. Heheh! Jasa anda tetap daku kenang ya Cik Nana. Halamak..!! Tertaip lak nama dia. Sebenar cerita nya... The truth is... If sesapa yg visit blog ini bak kata Cik Nana sewaktu mengajar aku td, boleh dgr lagu yg dimain itu, tapi sad to say, aku sebagai tuan empunya blog ini sndiri tak leh nak dengar lagu berkenaan no matter how many times I refresh the page till I'm sick of doing it. Tak taula kenapa, apa puncanya. So, if ada sesapa yg di luar sana berbaik dan bermurah hati kat aku nih, sob... sob... Silakanlah mengajar atau menjelaskan kpd aku apa puncanya masalah yg disebutkan di atas. 30 saat dr sekarang. Tet! Tet!


Yuuhuuu... Ada sesapa leh tolong saya tak..??


3 Comments

Post a Comment


Suddenly...
Monday, June 27, 2005 | 4:43:00 PM

I feel like bashing cow's butt. I am sooooo mad..!! Urrrggghhhhh...!!! Stupid blog, stupid template, stupid me...
Aaarrgghh..!!! Migrain..!! Migrain..!!

0 Comments

Post a Comment


Nak rotii..??
| 11:23:00 AM

Does anyone would have want toasted bread for breakfast today??



Cute, huh..?

2 Comments

Post a Comment


Rainbow over Bavaria, Germany
Friday, June 24, 2005 | 9:38:00 PM


Rainbow over Bavaria, Germany
Originally uploaded by Akuro.

A breathtaking scenery. Won't find it anywhere in Malaysia that's for sure! Actually Akuro just testing-ing (?) upload photo from Flickr. Hehe!



0 Comments

Post a Comment


Apa Nak Jadi daaa...
Thursday, June 23, 2005 | 11:04:00 PM

"...ibadat haji tu kewajipan untuk orang Melayu... Rasulullah tu hanya menambah-nambah saja!!" Yakin benar penjelasan lelaki berusia 55 tahun ini sebelum diaju soalan selanjutnya.

"...ooo, dalam surah mana tu Haji ayat dia?"

"...errr, ahhhh...you checklah dalam Al-Quran. Hah, adaaaaalah tuu...!" Balasnya.

Tergelak besau (dialek Melaka) Akuro masa tgh tgk rancangan terbitan TV3 - 999.

Ada 1 kes seorang lelaki, Haji Kahar namanya berasal dr Ulu Klang Selangor mendakwa yg dia ni telah dilantik menjadi Rasul selepas Nabi Muhammad SAW. Si Haji Kahar ni dah 2-3 kali pun ditangkap krn menyebar ajaran sesat sebelum ni. Kagumnya, tak serik² lak tuh!

Ada lebih kurang 21 orang pengikut dia. Masa ditangkap ni lah, sempat jugak Haji Kahar menyebarkan "syariat" dia kat pegawai polis dan reporter yg join dlm penangkapan dia. Kelakar betul. Sampai tersenyum² kambing semua yg ada. Yakin dan tegas je masa dia keluarkan statement di atas tu. Tapi bila ditanya dalil² atas dakwaan dia tu, dia boleh suruh cari sendiri. Tau takuuuut... Haha!

Haji Kahar ni lepas bersara dia dah bosan duduk rumah kut. Sesiapa jiran tetangga dia kat Ulu Klang tu, lepas ni if Haji Kahar dah kluar lokap, ajak²la dia pergi mancing...

Dah lama Akuro tak makan ikan keli masak asam tempoyak...

0 Comments

Post a Comment


I Told U So...
| 5:50:00 PM

Isa hadir mengadap Lembaga Disiplin Umno


KUALA LUMPUR: NAIB Presiden Umno Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dipanggil menghadap Lembaga Disiplin Umno untuk menghadiri apa yang dikatakan sebagai "sesi memberi penerangan".
Sesi ini dikatakan membabitkan pengumpulan keterangan daripada beliau setelah pertuduhan rasmi terhadapnya dibacakan.

Akuro:

Pertuduhan apa?
Politik wang AKA rasuah utk mendapatkan undi sokongan Kesalahan melanggar tataetika parti.

So, perlantikan Tan Sri Isa Samad tak sah lah?
Harus tunggu keputusan Lembaga Disiplin.

...atau sekadar cukupkan syarat ikut procedure je, konon dihadapkan ke Lembaga Disiplin, tp lepas minta maaf minta ampun, diterima lagi...

Betul la kata org POLITICS IS DIRTY

Hmmm... I told U so...

2 Comments

Post a Comment


Akuro, upclose and personal Part-1
Wednesday, June 22, 2005 | 9:36:00 PM

Macam bagus je title tu. Aku taknak jd org "macam bagus" ni...


About Akuro:

Name: Akuro Shimazaki (Knp Pak? Tak percaya ya?)
Gender: Female
Birthday / Sign: 10th August 19XX / Leo
Eye Color: Brown
Hair: Tak relevan
Occupation: Typist (hihih!)
Hobby: Reading (buku, paper, baca tulisan sarikata di TV dan termasuklah baca tulisan di PM-box) Heh!

Gadget:

1. Mobile phone: Teringin nak swap HP dgn ayah sbb HP dia leh record sound 1 jam. Tp dia xsudi agaknya sbb HP ibu sebesar remote control TV... Huwaaa...!!! Other than that I'm happy with my Nokia 36XX
2. Digital Video Camera : Blom ada lagi... Blom perlu agaknya.

Morning call: Daily wake-up/Subuh call from ayah... Again...
Clock Setting: 12 hour setting

First Car: 1st car I drove or 1st car I bought? Taknak jawab.

Board Games: Jigsaw Puzzle (Dilarang gelakkan aku..!!)
Outdoor Games: Dayung sampan, row.. row.. row.. your boat, gently down the stream.. la.. la.. la..
Online Games: Counter-Strike (dah lama tak main)
All time best score: Unsave (pdhl tak ingat)

My Favorites

Color: Pink (Ahaks!)
Drinks: Aia putiah, choco-milk
Food: Soup
Restaurant: No fancy restaurant for me pls. I have a bad table manners. Heh!
Song: I love quite a number of songs
Current: Row.. row.. your boat, gently down the stream...
All time fav: First Love - Utada Hikaru

Q&A

What do you think about kids?
They are like *cats... cute and energetic

What do you fear of?
Falling in love, so the next 2 questions below are irrelevant. Heheh!

Any b/f?
-

How do you know u’re falling in love?
-

Things you don’t like to do:
1) Waiting
2) Lipat kain baju... Boleh gitu? Hiks!


What is in your screen saver?
Spongebob Squarepant And Patrick Star . Jgn marahhhh...


What is on your desktop?
My PC-monitor screen desktop or my "meja" desktop? - books, minyak hangat.


*Mr. Haruki is.... dying....

4 Comments

Post a Comment


Bila nak siap ni...??
| 3:20:00 PM

Cerita ni cerita semalam.

Lepas aku dapat painkiller dan lepas aku temankan Mama melawat sedara yg sakit tu, we went for a brief shopping. Mama nak cari bra baru. Aku pun sebenarnya nak jugak satu. Heheh!

Bila nak melangkah je kaki aku kt shopping mall tu, aku ternampak la one familiar face nih.

Berkain pelikat di bahu (?), serban terlilit kemas di kepala. Berkemeja dan berseluar "slack" yg lusuh tapi bersih. Berdiri sambil pegang seketul (?) kertas. Dia termenung. Sendiri.

Aku cepat² melangkah masuk ke mall sebab Mama dah agak jauh tinggalkan aku. Terfikir aku, berapa lama lg org ni harus berada di tempat camni? Sampai bila?

Waktu sedang pilih² bra, aku tnya Mama...

"Ma, masjid dgn asrama anak² yatim kat selatan Siam tu bila nak siap ya?"

"Masjid mana pulak ni..??" Mama tgh sibuk kena "brainwash" dengan salesgirl Triumph yg agaknya dah diajar supaya byk mulut cakap.

Tak relevan soalan aku masa tu. Tak kena tempat.

Familiar face yg aku jumpa kt luar mall td tu sebenar nya peminta sedekah derma untuk sebuah rumah anak² yatim dan sebuah masjid yg kononnya terletak di selatan Thailand. Yang menghairankan aku, pakcik ni (umur dia lebih kurang 60-an) dah minta derma kt town ni sejak aku masih bersekolah lg. Dulu, waktu aku "outing" dgn kawan² sekolah di town ni around year 1995-1999, aku dah nampak pakcik ni wandering around the town. For sure dgn tujuan yg sama dgn sekarang iaitu "nak kutip derma utk pembinaan rumah anak² yatim dan masjid".

Pakcik ni ada satu lembar surat kuasa yg membuktikan yg dia leh pungut derma di kawasan ni. Surat yg kononnya kebenaran dari Pihak Birokrasi Berkuasa Tempatan (PBT). Surat ni dia laminate dan tunjukkan kat org ramai each time dia minta derma. Lepas org bagi derma, dia akan bagi resit yg menandakan dia dh terima derma dan kita pula dah bagi dia derma. Tapi, pada siapa dia nak tunjuk resit ni??

Ntah. Aku pun tak tau.

Aku pernah juga bg derma kt pakcik ni dulu. Sempat juga aku baca surat kuasa dia tu. Surat fotostat je pun. Ada jg cop PBT berkenaan. Tapi tak taula sah atau tak. Aku bg sikit je duit derma. Tak byk. Maklumlah aku masih budak sekolah masa tu. Tambang bas pergi balik ke hostel sekolah pun dah RM2....

Dari thn 1995 sampai 2005. Dah 10 tahun berlalu. Masih blom siap juga ke rumah anak² yatim tu pakcik? Masih blom cukup ke modal nk buat masjid tu pakcik? Macam tak logik je pakcik.

Aku harap pakcik tu masih ada masa aku kluar mall nanti. Aku nak bg sesuatu "untuk dia" bukan utk "rumah anak² yatim" tu. Apalah nasib pakcik ni. Kerja 10 tahun kutip derma. Siapalah yg kejam mempergunakan org tua cam dia ni... Tak berotak langsung...!! Senang² je suruh pakcik ni kutip derma yg kononnya utk tujuan kebajikan, then senang² je depa tuai hasil titik peluh pakcik ni berpanasan sepanjang hari.

Sapa yg salah? Pakcik ni ke? Orang yg srh pakcik ni mintak derma ke? Atau orang yg bagi derma? Pada siapa pakcik ni nak mengadu kalau memang dia dah tak ada pilihan lain selain kerja kutip derma?

Aku kluar mall cepat² sambil bawak botol minyak masak Cap Pisau 5kg yg Mama beli td. Berat botol minyak tu. Tapi berat lg isi hati aku ni. Kat tgn aku dah tergenggam sedikit "buah tangan" utk pakcik tu nanti. Terteleng-teleng kepala aku ke kiri ke kanan mencari kelibat pakcik berserban putih. Aku tgk tempat dia berdiri td.

Tak ada. Dia dah pergi. Aku sedikit kecewa krn hajatku tak sampai.

*sigh*

Dalam kereta masa nak balik ke rumah aku bercerita pasal pakcik ni kat Mama. Aku cerita jugak aku kasihan tengok pakcik ni kena buat kerja macam tu. Aku tnya Mama...

"Ma rasa betul ke pakcik tu pungut derma utk masjid?"

"Ntahla *Akuro, yang pasti masjid dia kat akhirat mesti dah siap tersergam indah."

Aku diam. Aku setuju.

Pakcik tu mangsa keadaan. Aku tau pakcik ni org baik. Tiap waktu solat pakcik ni cepat² bergegas ke masjid yg ada kat pasar berdekatan tu. Lepas solat pakcik ni pergi pungut derma lg.

Tak tau sampai bila la nak siap masjid dia tu...

Malam tadi masa tengah pakai bra baru, aku tiba² teringat kat pakcik berserban putih.

Dah makan ke dia?

2 Comments

Post a Comment


Sayangku Sakit
Tuesday, June 21, 2005 | 7:34:00 PM

Dah 1 minggu Mr. Haruki lemah tersadai melayan sakitnya. Sampai aku pun naik risau tengok keadaan dia. Dahla badan habis calar-balar sebab bersilat dgn kucing jantan lain. Kucing tu guna silat cakar harimau kut kat Haruki aku nih. Siapla if aku jumpa kucing tu, aku kasik dia minum jus racun tikus berais. *wuih kejamnya* Biasa dia tu kacau kucing aku. Yang Haruki ni pun satu. Pasal pompuan pun nak berebut. Macho la sikit. Tengok, bila dah sakit camni, akuuuuuuuu jugak yg risau. Akuuuuuuuuu jugak yg sapu ubat kat badan kau tu. Akuuuuuuuu ni jugak la yg kau cari sebab kau nak mengadu time kau sakit camni. Memangla kau tak cakap yg kau sakit. Kalau kau cakap, aku jugak yg pengsan nnt. Heh! Tapi aku taula kalo keliling mata, hidung dan mulut dah pucat, tu tandanya kau sakit la tu.



Haruki sakit...


Sekarang aku buat perintah berkurung kat Haruki ni. Dia tak leh kluar rumah dgn apa alasan skali pun! Haruki dengar sini, U are grounded for a month..!! Boleh gitu? Ahaks! Aku terpaksa la wat camtu. Demi nak tengok kesayangan aku ni ceria dan sihat semula. Bagi minum susu dan madu secara berjadual *ikut nasihat seseorang nih*. Kasihan aku tengok Haruki, even dia nak tencin dan beyak pun bertemankan aku. Eh, Haruki yg kasihan ke aku yg kasihan sebab kena temankan dia dan hidu bau taik bahan buangan dia tuh? Lantaklah tak kuasa nak layan. Aku pasrah... Hiks!

Dear Haruki,

Cepat sembuh ya sayang!!

-kekasihmu-

Akuro melaporkan untuk Buletin Utama, TV3... Heh!

Jangan marah noo...!

Sekian, terima kasih.

p/s:
Aku sambil tgk TV gak ni. Ada seorang lelaki macho kat Japan tu, dia pecah record dunia lari pecut 100 meter. Nak tau brp record dia? 22.04 saat... Huyooo... Hebat..!! Tottemo sugoi yooo... Omedeto Omedeto...!! Nak tau knp aku kata hebat? Memang record 22.04 saat tu nampak biasa, malah tak hebat langsung pun kan if nak compare dengan yg Powell buat 7.77 saat. Tapi aku tetap cakap hebat. Sebabnya? Aku kagum dgn atuk HARAGUCHI yg dah berumur 95 tahun ni leh pecah world record dlm kategori umur 95-99 tahun. Tau Powell umur brp? Powell baru 23 tahun. Fuh..!! Atuk Haraguchi ni lebih tua 4 kali ganda umur si Powell. Umur 95 tahun leh break record, aku salute betul la. Mana lg nak cari org camni?? Umur 95 tahun ntah² dah takleh nak bangun, apalagi berjalan... Let alone lari pecut 100 meter. Hah! Dah jarang sangat dah. Dah tu nak wat cemana....? Tetiap hari duk minum air teh botol yg byk bahan pengawet tu...


...upss...


Heheh!

4 Comments

Post a Comment


condition
| 1:49:00 AM

Current Mood : broken here n there...
Current Colour : black *it's 2:19 in the morning, HELLO!!*
Current Music : stupid chinese drama series's theme song...
Current Annoyance : my throbbing arm *seriously it hurt!! *

Aku rasa...

1. tak mengantuk
2. agak lapar *hari ni xmakan nasi, aku mkn MAGGI*
3. bosan
4. sakit tangan
5. diselubungi misteri *lampu bilik dah padam*
6. nak tido lah

...nanti kang aku sambung...

...it's the matter of condition saja...

------------------------------
Tuesday, June 21 2005 (petangnya...)

Langit mendung, semendung hati aku. *cieeeeeee... Akuro jiwang* Aku p hospital hari ni. Tak tahan rasanya sakit kt tgn aku ni haa... Tapi tgkla, sakit² pn sempat gak menebeng updating blog ni. Aku p hospital pun sbb nk sedapkan hati je. Boleh gitu? Kebetulan Mama nk visit relative yg sakit, so aku pun sambil nyelam, sambil ambik kesempatan.

Aku just mintak painkiller je. Doktor tu nak X-Ray tangan aku ni. Aku xnak. Wahaha..!! Sebabnya aku tak nak kena buka baju. Hihihi... Malu..!! Tau jela if kena X-ray ni, cam separul bogel je kan? Aku ingat lg masa aku buat medical check-up sebab nak masuk U dulu. Dah la tukang X-Ray tu lelaki. Muda lak tu. Hati aku dah berdebar² waktu masuk ruangan X-Ray tu. Sesorang lak tu. Rasa cam isteri tunggu suaminya masuk bilik pengantin masa malam pertama je.. *Aik, cam ada pengalaman je Akuro ni*

Waktu sorang² camtu aku pun mula la fikir yg bukan². X-Ray ni if sinaran dia kena kt mata, leh buta ke? Mana la tau abang X-Ray tu salah aim. Buta la mata mak... Cacat la mak... Xleh la nk ngorat Tengku Faris anak raja Kelantan *waktu tu Tengku Faris ni bujang lagi* Heh!

Aku kalo bab merapu ni memang tahap dewa. Sedang syok duk berangan sedang bersanding dgn Tengku Faris ni, tetiba pintu bilik X-Ray yg maha berat tu terkuak. Muncul lah seorang jejaka. Hati aku dah makin berdebar. Alamak...!! Sapa lak dia ni? Nk X-Ray skali dgn aku ke? Sempat lak aku merapu padahal aku dh nmpk dia pakai uniform pekerja hospital tu. Aku try gakla menipu diri sndiri yg dia ni bkn tukang X-Ray, tp pembantu dia kut. So bkn dia yg nk X-Ray aku. Mak aii... lelaki ni muda lagi, paling tua pun aku rasa umur dia 28 tahun. Aku nampak name-tag dia tertulis HAFIDZ. Handsome. Sempat lak tu.. Heheh! Hafidz ni sibuk la duk betul²kan skrin yg ada kat depan tu. Pastu sibuk lak duk check file yg ada nama aku terpampang kat depan. Dan soalan cepumas tu kluar gak dr mulut dia...

"Blom buka baju?" Dia tengok aku.

"Err.. Kena buka ke?" macam bodoh je aku jawab.

Dia senyum je. Dahla handsome, suruh aku bukak baju lak tu... Hati aku dup dap dup dap... Tak tentu arah. Sah la dia tukang X-Ray aku...

"Adik ambil ni dan tukar baju kt sana ya?" dia bagi aku satu baju bertali² dan tunjukkan aku bilik tukar pakaian kat tepi tuh.

Aku dlm bilik tukar pakaian tu menyumpah². Malu nyaaa... Takkan aku nak separuh bogel camni depan dia. Ah lantak la, lagi cepat aku buat lagi cepat slesai, lagi kejap ler malu yg aku dapat. Bila aku rasa aku dah confident dgn baju bertali² yg melekat kt badan aku tu, bila aku yakin tali²nya dah aku ikat semua, bila aku yakin tak ada bahagian badan aku terdedah, bila aku yakin sesangat... Barula aku kluar. Maklumla, kat bawah baju tu aku tak pakai apa² dah. Semua dia suruh bukak. Aku ni menurut perintah je. Sempat gak aku mengomel, tak ada tukang X-Ray perempuan ke kt hospital ni..!! Huk huk malunya masa tu takleh nk cakap.

Bila dah kt luar tu, aku nk senyum atau nak buat apa pun tak tau. Kalo aku senyum, kang dia cakap aku gatal lak, dahla separuh bogel ni. Nak letak tgn kt mana pun aku xtak tau. Last² aku berdiri jela sambil peluk tubuh. Dahla bilik tu sejuknya macam bilik mayat. Aku cuba la cover apa yg patut aku cover sebaik mungkin. Heheh!

"Sejuk ke?" dia tnya.

Bangang betul la..!! Dah tau sejuk napa tnya lg? Dah la aku tak pakai baju, boleh lak dia tnya aku camtu. Cam nak lempang je muka mamat ni. Nasib baik kau handsome, if tak, dah lama pun aku lempang *alasan je* manala aku berani nak lempang dia. Lebih² dlm keadaan aku yg... terpaksa sexy ni. Kang dia apa²kan aku, mana aku nak lari.

"Boleh tahanla.." Aku jawab tanpa tengok muka dia. Aku malu.

Then dia suruh aku lekapkan (?) badan aku kat skrin yg kt depan tu. Sambil dia adjust² ikut ketinggian aku. Berdebar-debar gak sebab jarak dia dengan aku cuma sejengkal je kut. Huh! Cuak betul.. Tangan aku dia suruh letak kt belakang cam keadaan "sedia" masa kita kawad tuh. Aku rasa sejuuuuuuk je badan aku yang kena kat skrin tu. Hehe! Si Hafidz ni p ke belakang. Aku tak tau dia buat apa sebab kepala aku masa tu dah tersangkut kt skrin X-Ray tu. Tah dia intai tgk punggung aku pun mana aku tau. Nau'zubillah, buruk sangka lak aku ni...

Pastu dia cakap...

"OK jangan gerak, tahan nafas ya? 1.. 2.. 3... OK dah siap!" dia jerit dr belakang. Macamla aku ni pekak!

Aik! Kejap nya? Heheh! Lega aku... Aku berdiri la kt situ lg. Mana tau kut² ada lg yg dia nak srh aku buat. Dalam 5 saat aku kat situ, dia angkat muka tengok aku. Aku pun tengok dia. Kami sama² pandang memandang. Sempat gak aku perasan dalam hati. Mamat ni suka kat aku ke? Mana la tau ala² love at the first sight gitu. Cinta berputik di bilik X-Ray. Ihiks! Ishk... Merapu tak tentu hala aku nih! Tetiba dia bersuara..

"Adik tak nak pakai baju balik ke?" Dia tnya.

Dusyum..!! Adeh...

Aku dengan muka merah padam berlari² anak ke bilik tukar pakaian. Huwaaa...!! Aku nak lari balik time tu jugak rasanya. Bawak lari skali baju tali² tuh. Tak sanggup nak tanggung malu.

Sejak dari tu aku serik nak kena X-Ray nih. Sampai nk kena X-Ray tangan ni pun aku tak nak. Aku rasa if aku X-Ray pun tgn ni, tak kan la kena buka baju cam dulu kan? Mesti la dia tala sinar-X tu kat tangan je. Takkanla sampai kena buka baju lagi.

Aku takut jmpa Si Hafidz ni lagi sebenar nya. Mana tau dia jugak yg X-Ray aku nanti. Jatuh lg saham aku.. Huh! Cukupla dia dah tengok badan aku sikit dulu tuh. Hmm.. I wonder jg. Dia masih kerja kt hospital ni ke? Mesti dia dah kawen kan? Masa nak masuk U tu umur aku muda lg, skrg dh berapa tahun berlalu, mesti dia dah ada anak 2 org agaknya. Eh eh yang aku susah payah ingat dia ni napa? Haha!

Masa aku lalu kt depan bilik X-Ray td. Aku jalan tunduk je. Teringat kenangan lama. Paranoid betul!


So, condition aku skrg?

...mengantuk...sebab makan ubat tuh...

...ZZZzzZZZzZZzz...

4 Comments

Post a Comment


strike Akuro jangan tak strike
Friday, June 17, 2005 | 12:20:00 PM

Akuro belajar benda baru ttg BLOG hari ni. Bukanlah Akuro bodoh tak pandai, tp blom pandai saja. So, dah tau apa yg Akuro belajar hari ni? Many thx to this person...

Btw, ayah hari ni diam je... Maybe Akuro ada salah kt dia. Hm... Akuro pun dah kena strike jg kut. Ntah la..

*sigh*






You Are 60% Normal

(Really Normal)









Otherwise known as the normal amount of normal

You're like most people most of the time

But you've got those quirks that make you endearing

You're unique, yes... but not frighteningly so!



How Normal Are You?


Aku 60% normal. Hmm... Dah tu 40% lg aku tak normal lah ya? So, aku ni paranormal ke? Rasa cam dah normal. Rupanya ada gak yg tak normal nya. Camna nk normal lg ni? How normal is ur normal? Normal.. Normal.. Normal.. brp byk normal daaa...

*Nama saya Normal Binti Norman. Hahaha...!!!

Uppss..

Tetiba Akuro dah rasa cam tak berapa nak siuman normal dah ni.

2 Comments

Post a Comment


To Smile Or Not To Smile?
Wednesday, June 15, 2005 | 4:25:00 PM

Apasal la blog ni kejam sgt kt aku? Aku taula aku baru dlm blogger world ni. If ada yg baca entry ni pls dont be judgemental, ok. Akuro really is in a bad mood. Rasa macam nk bakar je apa yg ada ni.

Adeh...leh pakai ke idea b*ngang camni?

**********

Sejak seminggu dua ni aku byk belajar dr pemerhatian. Aku belajar betapa susahnya untuk menguruskan sebuah rumahtangga, let alone to manage a marriage. Dalam sebuah rumah bkn saja kita perlu handle daily chores.

There is a lot more of it...

Marriage yg paling dekat dgn aku adalah antara Abah dan Mama. Banyak yg aku perhatikan. Dgn mata kasar mmg aku tak pernah nmpk Abah tunjukkan kasih sayang dan cintanya terhadap Mama. Abah aku perhatikan pendiam orgnya. Tak byk komunikasi dia dgn Mama sehari².

Sometime aku fikir, mereka ni ada masalah komukasi ke? Tapi siapalah aku utk judge mcm tu kan?

Once, Mama was away from home for about 1 week. Here goes the story:

Day 1:
Everything goes well. I took over some of kerja Mama, macam masak, laundry etc. Ironing tak termasuk kerja aku krn Mama dh ironed semua baju Abah before Mama took off. Pretty good for a 1st day except for I've being left to be alone at home till morning coz Abah kerja shift mlm for the next 3 days. *sigh* Malamnya I’ve got emotional. Sebabnya... SMS ni:

Mama: Buat apa?Mlm ni berani ke tidur sorang?jaga diri Mama syg *Akuro

..that SMS made me bursted out a cry almost instantly...

Then i replied her this:


Akuro: Baru lps mndi.Duk tgk berita.Jam brapa smpai Bandar *****a ?Sapa jmput?Maktua sihat?Tadi *akuro masak sayur petola su'un.Hehe..

...of course writting SMS ni wasn’t easy while crying kan? *dasar anak manja*

So, mlm tu aku tido berlinangan air mata..!! Sob..Sob..

Day 2:
Every evening Mama n Abah sering spent time together outside our house. Gardening. Well, bkn gardening in particular way lah, tp cangkul sana, cangkul sini, cabut² rumput smbil having a nice chat once in a while, I seldom joint them coz I prefer doing something else. *grin*
Day 2 ni aku tgk Abah kerjakan our yard by himself. Alone. There I realized something was missing. Yes, we missed Mama! Kasihan jg aku tgk Abah sndiri camni. Rasa cam nak call Mama srh cpt pulang je. Even Abah tak pernah suarakan apa², let alone nk cakap dia rindu kt Mama, tp from his action kita boleh nmpak kan?

Day 3:
Things berjalan seperti biasa. Routine aku masak tak berubah except of course menunya berubahla. Kang naik muak Abah sbb asik mkn ayam goreng dan daging masak kicap je. *hehehe*
Ni conversation aku dan abah, venue: dapur, masa aku temankan Abah having lunch...

*Akuro: Abah, bila Mama nak balik?

Abah: Tak tau.. .(selamba je dia jwb sambil kunyah makanan)

Adeh... Salah tempat ke soalan aku?

By night aku dpt SMS Mama lg. I was told Mama will be heading back home in the next 2 days. I told Abah about it n abah responded:

"...hhmmm..."

In my mind i was like:

"Aik, Abah ni tak rindu Mama ke? Aku ni bagai nak rak rindu, dia leh wat rilex jer...Huh!! Confuse..Confuse.."

Day 4:
Sedang aku duk mengerjakan dapur *masakla kononnya tu* while Abah was outside doing his routine gardening, i heard someone humming a song.
Tak begitu jelas apa lagunya but i was sure that was Abah. Haha, at last he showed jg "kesenangan hatinya" akan berita kepulangan Mama esok hari. Hiks! Rindu jugak dia kt Mama rupanya. Yela, sapa tak sayang isteri kan?

Day 5:
Mama was home n Abah awal² lg kena "pot pet" dgn Mama sbb lambat jemput dia di Station. Kasihan Abah. Haha! In the end of the day, i ended up smiling after all.

And after that our life as a happy family begins...

...again...

Happy Father's Day, Abah...
*Akuro sayang Abah...

0 Comments

Post a Comment


Kau Yg Teristimewa
Monday, June 13, 2005 | 11:50:00 AM

Hubungan kami terjalin dh hampir 2 thn. Masih aku ingat detik pertemuan kami. Secara rasminya aku dan dia saling memiliki atr 1 sama lain. Masa tu Malaysia sdg sibuk nk pilihanraya, alaaaaa... xkan x ingat, pilihanraya yg baru lps yg UM*O menang besar *slps berhabis duit* tuuu.. Upss... Heheh!

Kesibukan org di rumah aku sbb nk pilihanraya tu tak menghalang kami dr memadu kasih bersama. Malah hmpir tiap mlm kami ehem....*blushing* tido sekatil. Kdg² sebantal, semuanya bersama, biasalah kan? Hehe!

Aku bersyukur sgt krn org tua aku pun restui kami. Bak kata org hidup ni berkat dgn restu org tua kan? Maka kami meniti detik² bahagia setiap hari dgn penuh pengalaman baru yg cukup indah. *wink*

Tp sejak 1-2 bulan ini, dia seakan menjauh dr aku. Tido pun if aku xpanggil masuk ke bilik, dia xkan masuk. Ntah apalah salah aku kali ni. Rasanya segala makan-minumnya aku jaga dgn baik. Segala kehendaknya aku penuhi. Belaian mesra pun xpernah aku lupa setiap kali... Oh, aku jd sedih... Krn aku dh buat yg terbaik untuk dia...Huwaaaa...!!

Suatu hari dia xpulang ke rumah. Puas aku tunggu smpai mlm pun dia xbalik jg. Rasa ingin je aku call dia tp apa daya aku, if call nnt org ckp aku ni gila lak... Paranoid betul..!! Hinggalah besok pg aku sedar dia pulang. Betapa lega dan gembira hati aku melihat kelibat dia. Ingin aku peluk dan cium dia puas² sbb aku dah rindu sgt, tp tanpa ku duga, pulangnya dia kali ini tidak keseorangan. Ada temannya yg bakal merubah segalanya... Baru aku mengerti knp dia berubah laku selama ini...!! Dia dh ada yg lain. Ya Tuhanku, tabahkanlah hati hambaMu utk menghadapi dugaan ini...

Rupa²nya "dia", si kucing putis aku ni, dh pandai mengorat kucing "perempuan" sebelah rumah aku... Huwaaa...Habis manis sepah dibuang. Huh, tension aku!!! Kenala terima hakikat lepas ni aku akan tido sorang² tanpa HARUKI tersayang... *sigh*


Kucing terunaku Si Haruki

4 Comments

Post a Comment


test test
Friday, June 10, 2005 | 11:09:00 PM

terang bulan
malam sepi
melankoli....

*sigh*

**********ignore statement above**********

brp byk kali test daaa...
test test try click kt blog org nih...
*tgh tgk citer Hindustan, tetiba nk try test link di entry..heheh!
adios!

2 Comments

Post a Comment


MAMA
| 6:57:00 PM


mama tercinta

actually sepatutnya pic ni aku postkan skali dgn entry "Hukum Karma" tuh.
tp ms post entry tu kan aku cam bodoh² manja (sbb lom tau camno nk letak gamba)
so ni la pic Mama aku yg aku cerita tu.
byk lg yg aku kena belajar ttg blog ni.
korang tgkla tu, xde link pun, even xde pape pun kt blog aku ni...huwaaa....
cam padang jarak padang tekukur jek...
huurk...nntla aku add tagboard, guestbook, link kan cecantik skali dgn hiasan dalaman ala² tak malu.
sbb kan, aku p cari info hiasan dalaman blog kt blog org lain...heheh..!!
nantikan dakuuuuu....(cam bagus)
adios!!

0 Comments

Post a Comment


i'm back...
| 6:50:00 PM


nervous Posted by Hello
well, this is 1st time in a month since i updated my "rumah buruk" ni.
ni sbnrnya pic adik aku (promote nih) hnsss...hnsss...
sapa nk 10 hengget selai..!!(sape nk berkenalan kang aku kasik no.phone dia,,,har har..!!)
sj nk ckp yg aku baru blajo post pic..heheh! jangan mareee kang kena jual..
adios!!

0 Comments

Post a Comment



orang sedang mengintai blog Akuro

about me
View My Complete Profile
blogger
There's a lovely little garden,
in the corner of my heart.
Where every dreams are gathered,
and can never be depart.

links

archives

previous
Unwell
Minor
OMG!
This feels like shit!
Great!
Updating blog via Blackberry
Terpaksa Pergi
Tukar Tajuk?
Berani Mati
Tak Boleh Tidur
tagboard
disclaimer
I do share my stories but still,
the momories are always MINE.


Powered by IP2Location.com

[Guestbook Akuro] [Sign]